Scenery Tumblr Themes

I am the unnoticed.Some people are just different. I'm one of these people. Sebuah catatan seorang insan kerdil. Perkongsian ilmu untuk mendapat manfaat & memberi manfaat. Menghayati nikmat kehidupan sementara yg dipinjamkan oleh Allah SWT kepadanya dgn penuh kesyukuran. TULISAN TERAKHIR YG DITINGGALKAN & MENJADI KENANGAN BAGI YG MENCINTAI & MENGENANGNYA. Semoga Allah redha. قوى للهتعالى
♥ Rozi Zarina
https://www.facebook.com/thesnazzysofficial
https://www.facebook.com/rozi.zarina

Lets say our prayers for and . Better world.

#Alfatihah..

Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan…
merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu
kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan… tetapi adakah
persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Dia yang punya 
segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri?? 
adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi??
Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi…
maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri
di hatimu… maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna
untuk menjadi sahabatmu yang baik… maafkan aku sahabat andai 
aku bukan sahabat yang kau cari…
Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi
diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat… mengharap sahabat yang 
sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka dengan
sahabat sendiri… mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi
keegoan masih beraja di dalam hati…
Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak
sudi… bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi 
sahabatku… tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan
perasaan kasihku… tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang
kepadamu walaupun aku tahu, “jika seseorang itu menyayangi sahabatnya, 
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya” 
(riwayat Abu Daud)… tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu 
sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku…
Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini…
menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah…
sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah
jualah yang mampu memisahkan kita… perasaan cinta pada sahabat
itu adalah kurniaan dari-Nya… perasaan manisnya berukhuwah itu juga
adalah nikmat dari-Nya… jadi mengapa perlu berputus asa dalam 
bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi
tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul??
Aku ingin mencari sahabat yang sudi bersamaku di syurga nanti…
bersama mencari redha Ilahi… menegurku apabila aku berada jauh
dari-Nya… menghulurkan tangan disaat aku jatuh tersungkur…
menarik aku dikala aku hampir terjerumus ke lembah kedurjanaan…
memelukku dan mengusap air mataku disaat aku berasa keseorangan…
Semoga bertemu dan berpisahnya kita adalah kerana-Nya kerna salah
satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah di akhirat kelak adalah
pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah… Ketahuilah bahawa 
persahabatan itu adalah anugerah Allah yang terindah andai ia di atas
dasar taqwa… 
Sabda Rasulullah S.A.W. : “teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar 
kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya 
teringat mati”… aku ingin menjadi sahabat seperti itu, ya Allah…
Sahabat! Andai suatu masa nanti aku lena tanpa jaga, kau iringlah lenaku
dengan kalungan doamu… doakanlah agar aku dapat bertemu semula
denganmu di pintu syurga Firdausi nanti… bersama memimpin tangan
sambil mengukir senyuman manismu itu…
Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa 
pengetahuan saudaranya itu mustajab… pada kepalanya ada malaikat 
yang diberi tugas dan mengatakan : “semoga Allah mengabulkan 
dan untukmu juga seperti itu”…
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu
betapa kurangnya diriku ini… sesungguhnya aku benar-benar 
mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana
Allah… sungguh! biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke 
akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja…
Ana uhubbukum lillahi ta’ala!!!
 
Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar, pada malam itu ia akan melihat seluruh benda dan makhluk dimuka bumi ini bersujud kepada Allah SWT. 
Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan melihat semua dengan terang benderang dalam kegelapan malam. 
Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan mendengar salam malaikat dan semua tutur katanya. 
Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan dikabulkan doa-doanya. 
Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa.
 Andakah orang itu?

 

  1. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar, pada malam itu ia akan melihat seluruh benda dan makhluk dimuka bumi ini bersujud kepada Allah SWT. 
  2. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan melihat semua dengan terang benderang dalam kegelapan malam. 
  3. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan mendengar salam malaikat dan semua tutur katanya. 
  4. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan dikabulkan doa-doanya. 
  5. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa.


 Andakah orang itu?




Reblog